Saturday 8 August 2015

Restoran Bas Melaka

Korang tau tak pasal Restoran Bas Melaka?

Di Melaka bas-bas lama yang tidak digunakan, dijadikan sesuatu yang lebih berguna, 'reuse'
omputih cakap.


Ha meriah x bas ni da jadi restoran sebagai tempat famili makan juga 'spend' masa bersama. Kebanyakan bas-bas ini tidak memasak makanan di dalam bas, tapi gerainya di luar, makan je dalam bas.


Ni masa ke sana bersama anak-anak sempatla minum air kelapa dengan Char kew tiau. Restoran bas ni terletak di Dataran 1 Malaysia Klebang Melaka. Tepi pantai tau, jadi memang sesuai sangatla kalu nak berekreasi dengan famili. Kalu hujung minggu memang ramai, cam semua orang Melaka di sini.

Nak cari tandas pun senang. Tandas bas namanya ni..hihihi


Bukan Restoran bas je ada, Restoran hotel pun hado.Nama dia BUSTEL, memang sesuai untuk mereka yang datang dari luar Melaka. Hotel dalam bas.

Gambar ni saya amik di web Projek Travel. Kalu sape2 nak menginap bolehla contact nombor telefon tertera yer.


Hah sederet Bas Hotel (BUSTEL). Restoran Bas Melaka ini bolehla menjadi tempat menarik untuk anda lawati, in shaa Allah.

Homestay Murah Melaka


Selamat Datang ke Homestay Azaty


Assallammualaikum


Selamat Datang ke Homestay Azaty @Homestay Murah Melaka, Bertam 




Homestay Azaty adalah rumah teres 4 bilik yang baru sahaja beroperasi pada Julai 2014. Kami menyediakan penginapan homestay yang selesa bagi semua lapisan masyarakat pada harga yang berpatutan. Amat sesuai untuk tetamu yang menghadiri kenduri, temuduga, menziarah keluarga, rakan taulan, berkursus dan sebagainya.


Homestay terletak di Taman Bertam Indah, berhampiran Sek. Keb. Bertam Hulu. Apa yang menariknya ia berhampiran lebuhraya yang menuju ke tempat-tempat tempat-tempat menarik yang berhampiran termasuklah seperti Zoo Melaka, Taman Buaya dan Melaka Wonderland.

Jika ingin mencari keperluan boleh dapatkan di Pasaraya Tesco Cheng yang hanya 5 minit daripada Homestay Azaty juga Pasaraya Mydin sejauh 15 minit perjalanan.

Manakala Universiti dan Kolej yang berhampiran termasuklah UiTM Melaka, MRSM Alor Gajah, Kolej Risda, Adtech dan UniKL Alor Gajah.

Keselesaan anda adalah matlamat kami. In shaa Allah.